Hari baru…surrounding yg baru…kampus baru…dunia baru…everything new for me…life is not easy as we think…its all about my degree in Shah Alam…dari 1 kelompok kecik ke kelompok yg lebih besar….dari 1 persekitaran tenang ke persekitaran yg lebih sibuk n terumbang-ambing…1st day register n Alhamdullilah dapat kemudaham kolej…new roommate from other course..azie,.. kin n didie…Alhamdulillah…setakat ni takde masalah ape-ape lagi dengan roommate…everything fine..mizz family soooo much..of coz..hua...best fren of mine..ina...mizz u so much...first week yang kene handle everything by myself...no manje2 n mintak tolong orang..padan muka...blaja macam-macam duk kat sini...new frenz..new group members..new lecturers...tak familiar lagi buildings n classes kat sini..selalu sesat...tapi tak pernah lambat masuk claz...yang pasti azam yang sangat baru biler dah further degree ni...yes...Insya Allah...dis new sem nampak macam lonely tapi sebenarnye tak...cume lonely is better n senang nak handle myself...gambarte ekyn.....wachaaaaaaaaaaa.1 more thing saya ambik bahasa german as third language...hehe.....ok lah.....guten nacht alles......
Friday, July 18, 2008
Sunday, June 22, 2008
SIMPLE TO LEARN.....=)
Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.
Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:
Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?
Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?
Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?
Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.
Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?
Pemuda: Tentulah sakit!
Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?
Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.
Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?
Pemuda: Tidak!Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.
Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?
Pemuda: Tanah!
Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.Terjawab sudah soalan ketiga.Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.
Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.
"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."

Sunday, June 8, 2008
CONVOCATION DAY........wiiiiiiiiiiiii =)
Bestnyer..........at last convo dah pun settle....25 ari bulan mei lepas.....walaupun just ambil skrol diploma...tapi puas la jugak....sekurang-kurang nye merasa satu pencapaian dalam hidup....paling best bukan diri sendiri happy tapi sebab parents sendiri yang happy....Konvo kali ni agak bermakna coz dapat Anugerah Naib Canselor...Tak tau bile lagi nak ada rezki macam tu...Insya Allah mase degree kot....(AMIN.........)..Takde banyak benda nak share...
"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
macam busan jerk???
Arghh…dah lame sangat tinggalkan blog…maknenye…m,aksudnye…ertinye… dah lame jugak la saya tak mengarut n melepaskan tekanan kat blog nie…hehe.macam-macam terjadi sepanjang blog ni ditinggalkan…n yang paling latest hanya Allah s.w.t yang tau betapa bersyukur nya diri ini kerana perkara buruk yang berlaku kat sahabat tersayang tidak melibatkan nyawa sape-sape melayang…kenapa la ditakdirkan laki yang muke nye hensem (boleh la…),sihat tubuh badan (tapi cacat akal n hati..) muda,bertenaga tapi bodoh nak mampus…kenapa lah kemampuan yang Allah bagi tu digunakan untuk merompak…merompak kaum hawa yang lemah pulak tu (tapi kaum yang lemah ni jugak la yang mampu menggoncang dunia…kuikuikui…)…
Untuk sahabat tersayang..ina…diharap banyak-banyak bersabar atas apa yang terjadi pada 16 April lepas…sesungguhnya Allah still kurniakan peluang untuk duduk kat atas muka bumi ni…agak terkejut jugak bile abah call pagi tu n bagitau yang ina kena rompak kat kedai.rase mase tu jugak nak terbang jumpe ina…tapi tengah berlipat lagi atas katil..hehe…kadang-kadang kite gelak-gelak je dalam tv biler tengok adegan-adegan rompak dalam tv..tapi..biler kene kat kawan sendiri..perh…memang cari nahas perompak tu…perompak sekarang memang hebat…1st diorang pelakon handalan…2nd tak main la pakai tutup-tutup muka ni…nanti orang tak nampak pulak diorang hensem..3rd ada ke pakse-pakse orang bagi laptop…macam lah semua orang bawak laptop macam bawak beg duit…bengong…4th bila bengang diorang tak dapat laptop n dapat duit ciput,mule la jadi perangai budak-budak..ada ke patut kunci tuan kedai dalam kedai sendiri..macam la tuan kedai takde kunci spare kedai dia…tapi logic jugak la…daripada diorang buat tindakan yang paling menunjukkan yang diorang bodoh…contohnya…kunci diri diorang dalam kedai n suruh tuan kedai duduk luar…ngee…apa-apa pun bersyukur ina selamat n fobia dia mula berkurang dan mampu menjalankan kehidupan yang tenang…Alhamdulillah…
Hmm..bout me…nak kata takda benda best yang jadi…tipu la tu..nampak sangat kehidupan ni empty room..huh…yang pasti sepanjang tinggalkan blog dapat juga ambik cuti untuk release tension n bagi space untuk diri sendiri… nasib baik la buat kerja part time sepanjang tak sambung study lagi ni..boleh la jugak spent sikit untuk aktiviti cuti-cuti Malaysia…n masa tu jugak nak spent time with my dear hafiz…bila kerja ni semuanya terbatas..nak borak, nak ngadu, nak share apa-apa, even nak msg pun leceh..waktu free kiteorang yang tak serentak…hmm..tapi puas jugak bila boleh lepas geram picnic kat bukit merah lake town water park…hehe..dengan aus (my little bro..) sekali join terjun kolam..mengeratkan silaturahim adik-beradik..cuti yang 4 hari tu kira sempat jugak la bawak diri pergi jalan-jalan KL jap…kira sempat jugak lah belajar resipi masak lemak udang dengan mak hafiz…huhu…kebetulan pulak dapat interview untuk degree BS kat UiTM shah alam…semuanya berjalan lancar…puas jugak lah dapat jumpa member-member time dip dulu…macam-macam diorang complain bile dah level degree…dah nama pun belajar…kalau senang bukan belajar nama nya…itu nama nya dah pandai buat sendiri….tetiba hati ni rindu sangat nak belajar…bila ajar budak-budak kat tuisyen ni…nak jer tukar tempat dengan diorang…belajar ni apa yang best ek???nak kata best tu sebenar nya tak jugak..tapi cabaran tu…belajar ibarat nasi goreng campur beserta sup…perh..ingat makan jer…kadang-kadang sedap…kadang-kadang pedas sangat n mata pun berair…kadang-kadang menonjol bila rase nye sedap…kadang-kdang lemas n tenggelam sebab ke mane tumpahnye sup kalau bukan ke nasik…adoii..ni lah padahnya kalau dah lame sangat tak mengarut…lebih kurang macam tu la perumpamaan yang sesuai untuk sifat belajar tu bagi orang macam saya yang wayar tengah berselirat kat otak ni…

Sunday, May 18, 2008
SUMTHING FOR FATHER'S DAY...PAKU, AYAH DAN DOSAKU...
Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.
Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita. Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini. Jika ada sahaja cuti,aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya,aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan mcam-macam lagi…Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini.
Manusia itu,sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku..Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.
Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.
`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`
Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini. Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.
Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang. Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`Ayahnku cuma menjawab`anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`Aku benar-benar tersedak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.
Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai. Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan `maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?
Kesimpulannya,minimunkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata. Tapi,andai telah terlanjur,mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan..Bagi insan yang menjadi mangsa,janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan.
sumthing from me untuk share dengan kawan-kawan yang join blog saya..dis story bukan setakat nak menghayati atau mengerti hati orang yang pernah kita sakit kan..tapi di samping nak bagitau macam mane perasaan lepas memaafkan orang..yang penting kesannya susah nak hilang...Kn???
Wednesday, March 19, 2008
KENAPE YB TAIPING EK???
Ntah kenape terase nak bukak hikayat dulu-dulu...tetibe cam tersampuk aura memory lane...mungkin demi menghargai persahabatan kite bertiga...n memandangkan masing-masing dah "besar"..ececeh...wei..rindu sangat-sangat zaman kite kecik-kecik n sekolah dulu..walaupun kite bukan kenal zaman pakai lampin kain yang gune pin besar tue....(time tue pampers mahal..kalau pakai pun bile nak travel jauh..hehe...)..tapi dari sekolah rendah kite dah rapat...
~ Ngee =) ~
hari isnin lepas betul-betul free...time tue la saje ambik peluang nak jumpe my fren ina...lagipun memang ade niat nak hantar novel yang dia nak pinjam...sampai depan kedai pengantin Akma Sri Andaman (am I promoting sumthing???hehe...)just parking moto depan kedai...jumper ina then borak-borak kejap...sambil ina mengemas-ngemas kedai nak balik lunch...tetibe jer rase kepale ni macam terlekat spora cendawan jepun...dalam hati just terkenang yang dah lamenye rupenya saya berkawan dengan ina....13 tahun...kalu mak-mak yang bersalin kirenye anak diorang dah form 1 sekarang...hehe...tetibe hati rase rindu....kalau dulu jumpe ina just kat rumah atau kat sekolah sebab time tu zaman budak-budak...tapi sekarang...perh...fasa baru beb...jumpe ina kat tempat "keje"...tapi paling menusuk hati mase kite orang berembar naik moto n balik bedua...waktu tu ajak ina balik ikut jalan kampung...maksudnye ikut jalan dalam....alasan utama bukan sebab nak tengok pemandangan kampung...silap tue...tapi sebab saya belum dapat lesen...
ngee....
"weh ina...aku rase macam jadi YB taiping balik la...macam dulu-dulu...tapi time tu kite naik basikal..kire ada perubahan la...sekarang naik moto pulak..."saya sengaja berseloroh...
"tapi dulu kite bertiga la...sekarang tak cukup sorang..."ina tersenyum sambil menjawab...mungkin terlintas jugak kat kepala dia aktiviti kite orang bertiga mase dulu-dulu..ini membuktikan saya berjaya menyebarkan spora cendawan jepun tadi kat kepala dia...huahuahua...
Tak cukup sorang..adus..menambahkan lagi rindu kat hati...a,ah...memang tak cukup sorang...azwa dah takde n jauh dari kite orang...bukan meninggal dunia tapi meninggalkan taiping jer...tak terpikir pun nak buat episod sedih lagi sadis kat sini...
Memandangkan kite orang memang rapat bertiga...walaupun kadang-kadang ada pertambahan ahli..kejap 4 lah...pastu 5 lah...tapi yang kekal tetap bertiga...yang Esa memang tetaplah SATU...memang start dari form 4 kite orang berpisah kejap...azwa per gi sekolah teknik trans kerian...n saya pergi sekolah teknik persiaran brash...ina tetap stay da same...kat sekolah lame..SMK taman tasik taiping...sesekali balik cuti atau cuti sekolah barulah kite orang jumpe...banyak benda nak distorykan...walaupun nama-nama yang disebut mungkin tak dikenali...tambah-tambah azwa..habis atu sekolah punya nama disebutnya...padahal kiteorang tak kenal pun...tapi jaga hati kawan...hipokrit ker???gurau jek...
Tapi perpisahan lepas sekolah lebih lame...tue pun sebab masing-masing sambung belajar untuk mase depan diri sendiri....saya still kat perak..ina ke melaka..n azwa ke penang...masing-masing suah nak contact sebab komitmen belajar...nak sms pun payah...nak jumpe lagi la susah...cume lepas 3 tahun perjuangan masing-masing selesai...barulah hati dapat berpaut balik...tambah-tambah mase raye lepas...puas jugak jalan sini sana...bertukar-tukar driver jugak la time tue...hehehe...
~ Kenape YB Taiping ek??? ~
Yb Taiping...tue lah name paling sinonim dengan kite orang...dari zaman Kavyeas belum jadi Yb..sampai la dia jadi Yb n sampai lah dia kalah kat Parlimen Taiping ni...kite orang tetp pegang title tue...siapalah yang bertuah bagi name tue..mesti ada sebab n sejarah yang berkaitan...my mum yang gelar kite orang macam tue...mayb dia terlampau geram dengan kedegilan saya yang taknak melekat kat rumah time sekolah dulu...dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah...mane taknye...aktiviti wajib kite orang melepak kat rumah ina..kadang-kadang kat rumah azwa...tapi kat rumah ina memang port yang paling best sekali...1st ade buaian...2nd sebab dekat dengan kedai...3rd sebab dekat dengan pasar malam...4th...ahhh...malas nak sebut banyak-banyak....tapi memang bestlah...taktau lah kenape kite orang langsung tak busan melakukan aktiviti yang same tiap hari...naik basikal n meronda satu taman...opsss...bukan satu taman...tapi segala taman..segala kampung...jalan short cut...jalan mati...jalan baru nak siap...jalan baru bubuh tar...semua kite orang dah redah....rumah orang tue..rumah orang ni...eleh...small matter...tanyer je...gerenti tau punyer...yang best nye..basikal kite orang pun melalui beberapa fasa...ececeh...kalau zaman sekolah rendah kite orang pakai basikal yang mak-mak selalu pakai tue...ala...yang ada bakul kat depan n lampu pakai dinamo tue...basikal saya n azwa kire lebih kurang jer bentuknye walaupun tak same...tapi yang ina punye memang special n ade class...myb mase P.Ramlee nak buat cerita ali Baba dulu pun pinjam basikal dia...hehe...basikal ina memang sebijik n kembar basikal ali baba...unik n antik..sampai sekarang si budak bertuah tu simpan lagi harta dia yang satu tu...tapi bile masuk fasa sekolah menegah...no more basikal ala mak-mak..semua pakat beli mountain bike...cewah...ina n azwa beli basikal yang sama jenis,warne,jenama n spare part...cume saya jer beli yang lain spesis tapi tetap mountain bike...hehehe...aktiviti kite orang tetap same n makin berjalan lancar....hari-hari lau taman tasik nak pergi sekolah...balik sekolah lepak gerai..minum ir soya lah..makan laksa lah...gi cc lah...macam-macam lagilah aktiviti yang menghabiskan duit...bikin panas..huh...memang setiap kali balik telinga jadi merah, berasap walaupun tak keluar api...tapi sehari dua jer insaf n duduk rumah..lepas tu jadi balik...
Kalau pikir-pikir balik..taktau bila lagi dapat rase kenangan tue..tambah-tambah bile mak kite pun teringat benda yang sama..mungkin dari situ dia terase yang ank-anak dah besar..takpun diorang rase busan sebab takde sape dah nak kene marah...hehehe...memang bukan sikit kenangan kite bertiga...banyak lagi..belum kire jatuh basikal..langgar nyonya tue...kedatangan ayumi shimra yang menyakitkan jiwa kite bertiga...rebut-rebut rumah besar..ketuk-ketuk bilik air...pnteng ose time sekolah rendah...dating...kantoi itu n ini..main kat sungai...n bermacam-macam lagi...memang rase bersyukur tak terhingga sebab Allah menemukan kite bertiga...dah jadi asam garam dalam persahabatan bila ada yang tak bertegur..merajuk..masam muka..semua tu tetap ada...tapi lebih banyak manis muke dari masam muke....kuikuikui..kadang-kadang rase takut sangat kalau ada yang berubah mendadak dari segi sifat atau pun perlakuan..tapi rue-rupe nya tak...semua tetap gile-gile macam dulu...tak matang lagi rupenye...ceatlah cuti panajng...bile kite bertiga nak berkumpul lagi?????

Tuesday, March 18, 2008
Kasih Sayang Adik dan Kakak...........=(
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..
"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi... aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Adakah kita sanggup sungguh2 berkorban untukNYA sbg bukti cinta dan kasih kita? fikir dan renungkan..
"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

Subscribe to:
Posts (Atom)