Monday, February 11, 2008

14 FEBRUARI.....apa istimewanyer???

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


wahai kawan-kawan..janganlah korang tersalah sangka...memang menjadi budaya barat menyambut hari berkasih sayang pada hari ini...ditambah pulak kehadiran cerita tentang rumput dan kasih sayang yang saya selitkan di blog saya ini...hampir setiap tahun saya menyambut satu peristiwa istimewa pada tarikh ini sejak 3 tahun lalu..tapi bukan untuk hari berkasih sayang...berkasih sayang dilakukan pada setiap hari untuk setiap manusia kat muka bumi ni...sesungguhnya berdasarkan kisah rumput dan kasih sayang....saya juga terut menyedari untuk menghargai orang yang kita sayang...bersempena tarikh lahir orang tersebut pada 14 Februari maka terselit lah kisah rumput dan kasih sayang ini...setiap perhubungan kita sesama manusia ada pasang surut...ini kerana ternyata manusia ada ego masing-masing..kadang-kadang bukan ego tapi emo..hehehehe...untuk sum1 yang banyak berkongsi susah dan senang dengan saya selama ni...ini cara paling baik untuk saya menghargai kehadiran dia di sisi saya....kata orang...


it is better to have loved n lost, than never to have love at all...


untuk yang selalu menghadapi dugaan dan rintangan ...ingat lah bahawa...the cause of true love never did run smooth...


n khas untuk sum1 yang bakal meraikan birthday nye pada 14 feb ni...i love him the way he is...i fell in love with the qualities with in not just the physical person outside....

selamat menyambut ulangtahun ke-22 untuk mohd hafiz b. suaib.....


p/s : gambar ni xde kene mengena dengan celebrate ari jadi..hehe...

p/s: tak dapat celebrate same..tapi anggap lah ni birthday cake untuk awak...

2 comments:

Anonymous said...

tQ tau cayang.....

i know wat u say.....

i still luv u n u always in my heart.....

tq jd orang ptama wish brthday saya tau......

muahmuah......

my naMe is....EKYN said...

welcome...
baguslah kalau awak tau mcm mane saya menghargai kehadiran orang yang ada di sekeliling saya..
nway..
hapy birthday...